![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhROScTIGitGL-2yM9rvBwwBgeKaYYEA-AtYt2bS-MUOx1mL2xpHY9KNdPCiCX5q_BBSa4GSaUQw0GMCQ1sgOrzkHQegox5ziAZxmXaRIhkNfLL1qFXgfOOnUGdUsLHHz0Jkgwd9VjnP7g/s320/22646_102239743143577_100000726554375_61371_5486444_n.jpg)
Thursday, March 31, 2011
kenangan lg... :)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhROScTIGitGL-2yM9rvBwwBgeKaYYEA-AtYt2bS-MUOx1mL2xpHY9KNdPCiCX5q_BBSa4GSaUQw0GMCQ1sgOrzkHQegox5ziAZxmXaRIhkNfLL1qFXgfOOnUGdUsLHHz0Jkgwd9VjnP7g/s320/22646_102239743143577_100000726554375_61371_5486444_n.jpg)
crystal of furqan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkllpI0Jbby5inN52DCMEqxkklZbl_ccURxt1CYoSekdqypU4GuNz2aiCo6hi8XxLGn50TEyzP7vFCl91mQfCSDDViI-rJ7Zmjpc3w-l588n1Ov1iYgXoh8RtJnvXXdU0LPeK3lWH0ViM/s320/air+furqan+1+copy.jpg)
- hendaklah didahulukan dgn Al-fatihah dan Selawat
- doa dan hajatkan dgn yakin kpd Allah
- disarankan minum slps solat
- PERINGATAN : jgn dilangkah,jgn didedahkn dgn muzik yg kuat, jgn didedahkan dgn kata2 yg kesat, jgn didedahkan dgn gelombang electromagnetic yg tinggi
Tuesday, March 29, 2011
pocoyo yg comel
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCaVjpTUbwGbFIqyeTBRk1UR9_XJeXaTWA-mQecdAxTcm0TsRiFN2xgpj64_o20vNlZ5pX-a_5PSTOKGH0TvTYH-SWWhGQETK4MopQalQId-FX8hk5UnkEM8DuHJC_12FlnmBGN-qrjpo/s320/Pocoyo_iPhone4Wallpaper1.jpg)
jom nyanyi sme2... :)
Back to [*][**]
Back to [*][**]
Monday, March 28, 2011
Tragedi xdpt dilupakan
Saturday, March 26, 2011
Hadith sahih tentang syaitan
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh mu, (6 : 35 al-Fatir)
Semua manusia mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahagian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.
SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG
إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه
“Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air
dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun
solat tahajjud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:
ذاك الرجل بال الشيطان فيأذنيه
“Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim
SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP
إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل
“Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya.
Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”
Hadis sahih Muslim
SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP
Nabi saw bersabda:
ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه
“Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap.
Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”
Hadis riwayat Ahmad
MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:
لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان
“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum.
Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”
Hadis sahih Bukhari
Moral: Janganlah kita terus memaki pada orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, chatbox dapat dielakkan.
SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH
Nabi saw bersabda:
لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur.
Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”
Hadis sahih Muslim
Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu
maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.
SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN
BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH
إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان :أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء
“Apabila seorang lelaki memasuki rumah dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan
tidak ada makan malam.” Tetapi sekiranya dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan
akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah
semasa makan, syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.”
Hadis sahih Muslim (2018)
MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN
إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعهاللشيطان
“Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu ke lantai, hendaklah kamu membuang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan kerana ia akan dimakan oleh syaitan.”
Hadis sahih Muslim (2034)
MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN
Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”
Dia menjawab “Tidak”
Nabi saw bersabda:
قد شرب معك من هو شر منه الشيطان
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”
Hadis Ahmad –sahih
SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:
لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثلالبيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب
“Janganlah kamu berkata “Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu,
syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “mendapat kekuatan ku”
tapi hendaklah kamu berkata “Dengan nama Allah”.
Apabila berkata sedemikian, syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih
PENUTUP
Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk
kepada manusia. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan
akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya.
Rasulullah saw bersabda:
إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني
sila sebarkan untuk kebaikan semua
Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah .
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .
Rasulullah saw. bersabda ( mafhumnya ):
' Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!'
Marilah kita ucapkan kalimah ini : ' Laa ilaaha illallah !' x 10
Laa ilaaha illalLah !
Sekian terima kasih
Wassalam.
Why Do We Use English for IT
This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa , especially in school. See example below:-
Hardware = barangkeras
Software = baranglembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Try to translate this:
ENGLISH:
That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.
Now in BAHASA:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Now you know...WHY...
Malaysia haramkan tudung???
salam...
hye readers ni lg 1 berita tergempar aq bce mse tgk2 kt email....skt ati pon ad gak aq bce...
u all bce je la sndri k???
tersaaannnggggaaatttt la kretip
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvlocg46vm85gHEQzqTkxgaa4BOboVUQ_DP4E4-RG168IISCEvLW7sWbZAgdUQ-NGHx2c17c2ToAiiZpbMYsX6xcDqpABKlHeDMlAeFZTFVX8-vp4OxfbXWa89aBITywhHT6ANqM0j_-M/s320/image001.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDCp1S3gCJlZn5Ufv4UtLI3WDESELRF-Dtvkipnrf_WE0H0PTuurACUkhbtJc3PrFBAwXAWaE43IZHSMIE2EaJakL0kJIFRWTndnM-hwNu_U0Yt5Xc4jpISI0vwGV0wDucMxRaCC0V6zY/s320/image002.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQivc_hKSK2amjdV7FKW8NqLJOUJvtcBqnL3oe0wvBn9ZTDB7vCq-dTHB4emsNRxevlfl2QYsvNBcbeWtW3ShW1w6U_KkM3SLF4LfC_16Mr74N1BJ0X6pntDzpWhyphenhyphenzoMoetGeZZmwaGGY/s320/image003.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMlDnCYagXh7z_UOdVwAY6cxEq39y6QDYLYLleu0erjR7qI-KOwRIirUHrULPKB6_0jSk9tTrTXOqbuGBnUq5FRHNl_2K6aLM5w1Y6cn_Jk3bV5_hpkM6RT4f60Epskv929uc3Ed68VUY/s320/image004.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizSdzTZBxbaPcVZA0I2DxrZWKKFQ9jQzrNOjcceDl_HPgFHSz-hmiG8wwjxJMicZeyTWvuyWh2TNYWZ2RRfDh04iBKeON23YKYvfE1qLdhHXa9o3c1YSS4frdDh_BbH5mH1kfbvtctp1Y/s320/image005.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimW1HWnR95jD6MTFSgW4bamCBoa4CS3UqZJAWulL8hJUCMz3J6GNet7xzuoJ5f9ozL8QObytFTN3j_Jxwswo2hseLrtT1iyGr8LisP60KJq1UCQ9ZS421woi5lhKgckJzTEljVsjNF-Uw/s320/image006.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-A96H7GSEtG1wETcyhzXz2pRYlyReWVfIy0uwbrqJSzlu-3Xvipg1yKjQKMbIEAURL4sS4aJ0Mev_GjW5RC5h4MW6wlqHoSgQjEEvXFmfA02UjLMZBNI72awzyvwH8KIs9vngumQmQwc/s320/image007.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0DAuorg8aIbtfsDfYKaSBdeCsUxKXNG7rcvBSXy17-GzkC5BjxnD4Xcyt_kcwbU8BEWDjCqFVQ-eWJnabsEq-CnulAZiPBhOAqbR2ht9t5IjPRdAUmwZMe-KWbsh7UehdfrTLFuj8LYE/s320/image008.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAdT-OVTJ_Ua8q_JmphHzbmLfe7dLWXgUoYedMYfj5TF7UG1ymH5iVNlJNZKRZDTGGifwXIVUONyXBqttEY1G3h7taycF1QpiVfC2ttwRJcwkwPoej2LDhO31krk4mubdbP8MQ9NI4PGk/s320/image009.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3_c0dd2sBsqJR5pSq2CIYubNHmKJQNy99FcMtaJtjs7XpmTd3PKrKR9ysukKIAsA3pFhkJj5_GaTvUmsFcd-nhuAse9iT1QNiP0vJlnA2cJgWnZs1-I8HEGcq_kV81c3vxlyAh1cfBQg/s320/image010.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxdj71Q_t_vBo-sjDHPAn_UsDxBnwcyncJ3rt_tSq1qj8S8qI56aBMExckCLs6iG8ASXE9zbN9gC1RrR5pyRmeAXUTKmrtAIunT6l0Zn3TnUkhKGypfGNID8wb1i-0nU2spGXnrRTFDLA/s320/image011.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhk6oTKpwIBu3Sh54_v5CSyikY_Fm1Kexxy63B_4NqSM3Yc_HQfmX_jltG8sIoQ1VlulJoG-JFFS9fC6ldEUcgCn_cGcULeTJjkBSwnlnH9hYYuUXEroG4SEFXiedLKRdOwI3mok_xad24/s320/image012.jpg)
Thursday, March 24, 2011
operation kaki
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijm8SdcCpDUwbi2Rl6SnUe7ZcD5tWBV_wEuglyeLv-JTDcqS122aiXRmSAw1seFUST3l2VvCCBGMBBNebO5MK6jnVoxOHPg8gf0wHVw93QKluEBKdlB8sWq5pu4dVShip7oKTRydDobT4/s400/200090_200352419985048_100000308752272_645889_3078099_s.jpg)
Wednesday, March 23, 2011
pegi MAM*** la sama itu org!!
Tuesday, March 22, 2011
miz mlut longkang
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghR3ZOFqBVJ7H0t0u34id_KHZ7dfX13oieZTtLMEtXbTpM6YNPJuY8LwrVsvWhAc_sdBN8Q2VbDZwwk3IBFQRdEDgcrpK98L3IVW3b0FiZ60-M5XC83dZANCCBVo_Oji85kvaQHF0tRcc/s320/17122009%2528004%2529.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEp1g1qXUP7SQFruleoXT5EVDkcdMkGHY3oRg_t6ItAbDw4GOFQm3ak3emcV4EUTJfr-NjUpF3Scv_GxCtC5RhSV7vDBWnNj5vVmZy1AmOtpXY3kAWZqsB_9iufgwlNpQvLomHHOSP45Q/s320/D%25C3%25A8t%25C3%25A8ct%25C3%25ADf+C%25C3%25B6n%25C3%25A4n0229.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjo1DHoRSC8MeczRk597lU_ju_rAEsgkEbMqI3sfHXD3RcUljyHB-t3hiRLe-8d6xo7Lal-CsSDnzRHSzPK3NACPgG39D3ScU3Je7-kWPe1t5FWN-fUoxMrvkIpGAn_Z5VkgS9JSeup_1Y/s200/02012011475.jpg)
blurr
Saturday, March 19, 2011
siap sedia tadah telinga
ape pon xblh...
kat ATM kena makan???
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7DLVqTunkINYvhLq7SPFB8v9oSdBCxUG6KMQrKZ4jErYODNzArkcBDELo7C-W7xrrv4yeejBzZfwoVHG5h7IJOV-nE-McM-nacDglT2D-DNoa1GsfJs4rrLcOta9qfKAlm1w3WRYpAT0/s320/atm_card.jpg)
Friday, March 18, 2011
pahit manis 6bulan suda....
Thursday, March 17, 2011
teeerrrrrrssaaaannnnggggaaaatttttlllaaaaaa...bushan
ape nk jd.....sabo jelahh....
Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.
Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.
Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.
Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.
Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.
Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).
Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.
Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.
Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:
i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.
ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.
iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.
iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki
v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.
Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)
Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHu0hb1gzt42JEUuGWn2ssPSCZL6ynfdoYQVLQJvNTKBwZPQojxSLUew0wEmOPgw5hDLpBenBraoZ82l-fA4cdBPtnmFAQwDKrKN4AtPfBMzbAadJ5WLxCHrwTzYT0jDUyI0kegPF2awk/s320/untitled10.bmp)